Privacy Policy

PRIVACY POLICY AKADEMI AFFILIATE T20

Akademi Affiliate T20 menghormati dan melindungi privasi setiap pengguna. Polisi privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, menyimpan, dan melindungi maklumat peribadi apabila anda menggunakan laman web kami.

MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
Kami mengumpul maklumat peribadi yang diberikan secara sukarela semasa anda membuat pembelian, mendaftar akaun, melanggan maklumat, atau menghubungi kami. Maklumat ini termasuk nama, alamat e mel, nombor telefon, dan maklumat pembayaran.
Kami juga mengumpul data teknikal seperti alamat IP, jenis pelayar, peranti, dan halaman yang dilawati bagi tujuan analisis dan penambahbaikan perkhidmatan.

PENGGUNAAN MAKLUMAT
Maklumat yang dikumpul digunakan untuk
Memproses pembelian dan memberikan akses produk digital
Memberikan sokongan pelanggan dan menjawab pertanyaan
Menghantar maklumat berkaitan produk, kemas kini, dan promosi
Menambah baik pengalaman pengguna dan prestasi laman web

PERLINDUNGAN MAKLUMAT
Kami mengambil langkah keselamatan yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi daripada akses tanpa kebenaran, penyalahgunaan, atau pendedahan. Maklumat pembayaran diproses melalui sistem yang selamat dan tidak disimpan secara langsung oleh pihak kami.

PENDEDAHAN KEPADA PIHAK KETIGA
Kami tidak menjual, menyewa, atau berkongsi maklumat peribadi pengguna kepada pihak ketiga kecuali jika diperlukan untuk tujuan pemprosesan transaksi, pematuhan undang undang, atau dengan kebenaran pengguna.

KUKI ( Cookies )
Laman web ini menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan menganalisis trafik laman web. Pengguna boleh memilih untuk menolak kuki melalui tetapan pelayar masing masing, namun sesetengah fungsi laman web mungkin tidak berfungsi dengan baik.

HAK AKSES DAN PEMBETULAN
Pengguna berhak untuk mengakses, mengemas kini, atau memohon pemadaman maklumat peribadi yang disimpan. Sebarang permintaan berkaitan data peribadi boleh dibuat melalui emel sokongan.

Email sokongan
team@akademit20.com

PERUBAHAN POLISI PRIVASI
Akademi Affiliate T20 berhak untuk mengemas kini atau meminda polisi privasi ini pada bila bila masa. Sebarang perubahan akan dipaparkan di laman web dan berkuat kuasa serta merta selepas dikemas kini.

HUBUNGI KAMI
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan polisi privasi ini, sila hubungi kami melalui

Email
team@akademit20.com

Facebook Page
Akademi Affiliate T20